ALOR GAJAH : Angkatan Koperasi Kebangsaan (Angkasa) telah memohon tambahan sebanyak 100 projek baharu di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) dengan dana bernilai RM10 juta untuk diagihkan kepada 16,000 ahli di seluruh negara. Presidennya, Datuk Seri Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat kelulusan. Menurutnya, permohonan tersebut dikemukakan ekoran Angkasa mendapat gesaan daripada ahli Angkasa…