Anggota bomba selamatkan tiga pekerja gudang runcit dalam kebakaran

Anggota bomba selamatkan tiga pekerja gudang runcit dalam kebakaran

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah gudang barangan runcit di Jalan Tandang, Petaling Jaya pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga orang pekerja sebuah gudang barangan runcit di Jalan Tandang di sini diselamatkan anggota bomba dalam kejadian kebakaran membabitkan bangunan awal pagi tadi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi berkaitan kejadian terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dibantu BBP Petaling Jaya dan BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan operasi mendapat kebakaran melibatkan 40 peratus daripada gudang barangan runcit empat tingkat kelas terbabit.

“Kebakaran berlaku di tingkat bawah bangunan.Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan.

“Terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki masing-masing warga India dan Myanmar dan seorang wanita Myanmar berjaya diselamatkan pihak bomba dan ketiga-tiga mereka tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN