PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyertai program ‘brisk walk’ (berjalan laju) bersama warga Istana Negara hari ini. Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, aktiviti santai itu diadakan sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara Seri Paduka dengan kakitangan Istana Negara. Baginda berkenan berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer (km) mengelilingi perimeter dalam kawasan Istana Negara. “Program anjuran Kelab…