41 individu dakwa ditipu pelaburan tidak wujud libatkan kerugian RM6j

41 individu dakwa ditipu pelaburan tidak wujud libatkan kerugian RM6j

BENJAMIN Lee (kanan) bergambar selepas sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 41 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan forex tidak wujud membabitkan kerugian keseluruhan sebanyak RM6 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelaburan forex itu disyaki didalangi sebuah syarikat yang berpangkalan di Indonesia dipercayai telah memperdaya kira-kira 400 pelabur di negara ini dengan menggunakan syarikat lain untuk mengaburi mata mangsa.

Pelabur, Benjamin Lee, 45, mendakwa mula melabur di syarikat pelaburan forex terbabit selepas diperkenalkan oleh rakannya pada 2016.

Katanya, ejen pemasaran pelaburan itu menunjukkan beberapa dokumen dan lesen pelaburan sah dari Indonesia, selain mendakwa mendapat kebenaran untuk mempromosi dan menarik pelabur di negara ini.

“Lebih meyakinkan saya untuk melabur apabila saya dibawa ke syarikat pelaburan beroperasi di Jakarta, Indonesia dan bertemu dengan pemilik syarikat itu.

“Saya kemudian memulakan pelaburan AS$25,000 (kira-kira RM105,000) dan mendapat pulangan seperti dijanjikan lalu menambah jumlah pelaburan selain turut mengajak 20 orang rakan serta ahli keluarga untuk bersama-sama melabur di syarikat itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini hari ini.

Benjamin berkata, selepas tiga tahun melabur, dia tidak lagi menerima pulangan malah wang yang dilaburkan juga ‘lesap’ dan usaha mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat gagal.

“Syarikat memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa memindahkan pelaburan ke syarikat di Dubai namun sehingga kini saya tidak dapat menyemak pelaburan itu sama ada wujud atau sebaliknya,” katanya yang mengalami kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Yeoh, 28, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM400,000 selepas melabur sejak 2016.

Dia berkata, mengetahui mengenai pelaburan itu selepas diperkenalkan oleh seorang ejen pemasaran tempatan.

“Individu itu meyakinkan bahawa syarikat terbabit mempunyai lesen sah dan boleh menerima pelabur dari luar negara.

“Saya memulakan pelaburan dengan jumlah sedikit dulu tapi selepas terima pulangan dan yakin dengan syarikat itu, saya mewujudkan kumpulan pelabur sendiri dengan keseluruhan pelaburan berjumlah RM400,000,”ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya sudah menerima 39 aduan mengenai skim pelaburan Forex disyaki tidak wujud itu membabitkan keseluruhan kerugian RM5.9 juta.

Beliau berkata, sindiket didapati melantik syarikat broker tempatan untuk menguruskan transaksi kewangan antara pelabur dan syarikat dan pelaburan itu diuruskan oleh seorang warga Russia yang aktif mempromosikan skim berkenaan termasuk mengadakan kelas pelaburan di negara ini.

“Kebanyakan mangsa tertarik dengan penerangan individu yang disyaki ejen syarikat sebelum membuat pembayaran pelaburan. Selain itu terdapat bank di negara ini disyaki digunakan sebagai medium untuk menghantar wang ke luar negara bagi skim pelaburan itu.

“Kesemua mangsa sudah membuat laporan polis dan pihaknya menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara terperinci mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN