MIRI: Dua remaja lelaki maut selepas kereta dinaiki terlanggar pokok di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Tudan, Jalan Kuala Baram Bypass di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mangsa tersepit di dalam kereta dan setelah berjaya dikeluarkan, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN