185 warga asing terlibat pelacuran, jadi GRO ditahan

185 warga asing terlibat pelacuran, jadi GRO ditahan

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 185 warga asing termasuk empat warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Ops Gegar di tiga lokasi sekitar Kuchai, Sri Petaling dan Cheras pada 9 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, seramai seramai 89 warga asing termasuk empat warga tempatan ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia selepas menyerbu dua premis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pelacuran wanita warga asing. 

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 26 wanita warga asing yang terdiri daripada enam wanita warga Thailand diikuti Indonesia (lapan orang); Vietnam (11 orang) dan Myanmar (seorang) ditahan kerana kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks.

Katanya, manakala dua lelaki warga Bangladesh dan Pakistan juga turut ditahan kerana disyaki bekerja di premis tersebut. 

“Kita juga menahan empat lelaki warga tempatan kerana disyaki sebagai penjaga atau “kapten” premis tersebut.

“Kegiatan yang berselindung di sebalik premis hotel murah itu menawarkan wanita warga Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia bagi tujuan seks dengan harga antara RM160 hingga RM480,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan mempromosikan perkhidmatan di laman sesawang dan pelanggan akan melanggan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram sebelum diarahkan ke lokasi tersebut.

Dalam pada itu, serbuan seterusnya dibuat pada pukul 10.55 malam dengan mensasarkan sebuah pusat hiburan yang menawarkan pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing. 

“Dalam serbuan tersebut seramai 96 individu telah diperiksa dan seramai seramai 61 warga asing ditahan.

“Mereka ditahan terdiri daripada 44 wanita warga Thailand diikuti Laos (empat wanita) ; Myanmar dan Vietnam (masing-masing dua wanita)  yang disyaki bekerja sebagai GRO,” jelasnya.

Turut ditahan lima lelaki warga Bangladesh dan empat lelaki warga Thailand yang disyaki bekerja di premis tersebut.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966. 

“Seramai tujuh warganegara tempatan juga turut dikeluarkan notis untuk hadir bagi membantu siasatan,” katanya.

Zakaria mengingatkan, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapat melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966,Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×