1,405 unit vape tiruan dirampas dalam serbuan empat premis di Terengganu

1,405 unit vape tiruan dirampas dalam serbuan empat premis di Terengganu

SEBAHAGIAN vape perisa tiruan yang dirampas KPDN Terengganu dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 1,405 unit cecair isian semula rokok elektronik (\disyaki tiruan  dalam satu operasi khas di empat premis sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, semalam.

Pengarahnya, Mohd. Mufsi Lat berkata, serbuan itu dijalankan hasil aduan pemilik cap dagangan berdaftar yang mendakwa terdapat penyalahgunaan jenama mereka secara tidak sah di pasaran.

Katanya, operasi bersepadu itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa termasuk  Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),  Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

“Hasil pemeriksaan di empat premis tersebut, pasukan menemukan sejumlah 1,405 unit cecair vape yang dipercayai menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815) dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM21,094.

“KPDN turut menahan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik dan pekerja di premis berkenaan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN