SEREMBAN: Sebanyak 130 saman dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Jalan Persiaran Senawang 1 dan Jalan Senawang 19, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, saman-saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya, antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, pengubahsuaian ekzos dan struktur motosikal. “Selain…