Johari Ghani jalan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Johari Ghani jalan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Johari Abdul Ghani kini menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Perdana Menteri memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang semalam bahawa beliau telah bersetuju supaya Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, menjalankan tugas tersebut.

“Perdana Menteri telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau telah bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Dalam pemilihan peringkat cabang PKR baru-baru ini, Nik Nazmi adalah antara nama besar yang tewas kepada muka baharu.

Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas tewas kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki. Nik Nazmi memperoleh 563 undi (47.15 peratus) berbanding Afdlin, 631 undi (52.85 peratus).

Nik Nazmi juga gagal mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden dalam pemilihan peringkat pusat PKR pada 23 Mei lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN