PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya yang dijadualkan berlaku kenaikan pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu akan menyebabkan kerajaan menanggung kos lebih RM500 juta.
“Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta.
“Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan hari ini.