ALOR SETAR: Dakwaan pembangkang bahawa 1 Julai merupakan ‘hari hitam’ negara susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya cubaan populis membakar sentimen rakyat tanpa fakta dan pertimbangan rasional. Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelaksanaan SST yang dikemas kini merupakan langkah penting untuk memastikan hasil negara dikutip secara lebih telus dan adil untuk disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan subsidi bersasar. Katanya, tanpa…










