Wanita trauma dicabul rakan serumah

Wanita trauma dicabul rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dicabul rakan serumahnya di sebuah kondominium di Jalan Cheras dekat sini, Khamis lalu.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaki kira-kira 2 pagi mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum menyedari beberapa bahagian badannya disentuh oleh suspek lelaki.

Sumber berkata, mangsa tersedar lalu mengambil telefon bimbitnya untuk menghubungi teman lelaki.

“Namun, lelaki itu dikatakan masih meneruskan perbuatannya menyebabkan mangsa bangun membuka lampu bilik dan suspek bertindak melarikan diri.

“Suspek kemudian mengirim WhatsApp meminta maaf kononnya tersalah masuk bilik,” katanya. 

Menurutnya, mangsa yang tidak puas hati dan bimbang kejadian berulang tampil membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN