Wanita dera dua anak didakwa esok

Wanita dera dua anak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita yang ditahan sebelum ini dipercayai mendera dua anak perempuannya berusia empat dan 16 tahun di Puchong akan dituduh di Mahkamah Shah Alam, esok.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kertas siasatan berkaitan kes tersebut sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kami menerima arahan untuk menuduh suspek wanita yang juga ibu kepada dua mangsa itu di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

“Seorang lagi individu merupakan teman lelaki wanita berkenaan yang juga ditahan sebelum ini dijadikan saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita bersama teman lelakinya yang dipercayai penagih dadah ditahan selepas disyaki mengabaikan dua individu masing-maisng merupakan kanak-kanak dan remaja di Puchong dekat sini, Rabu lalu.

Kedua-dua suspek ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung pengabaian dua kanak-kanak berkenaan di sebuah kediaman di Puchong.

Siasatan mendapati wanita berusia 37 tahun itu tinggal serumah bersama teman lelakinya berusia 42 tahun serta dua mangsa yang merupakan anak wanita terbabit masing-masing berumur empat dan 16 tahun.

Kedua-dua mangsa itu tidak diberi makan selain tinggal dalam keadaan tidak terurus serta kotor.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN