Veterinar Terengganu keluar  2,685 permit sembelihan korban

Veterinar Terengganu keluar  2,685 permit sembelihan korban

Lembu berkeliaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu mengeluarkan sebanyak 2,685 permit penyembelihan haiwan korban setakat hari ini sempena  sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini. 

Pengarahnya, Dr. Anun Man berkat,  permit diluluskan itu melibatkan haiwan lembu sebanyak 6,214 ekor, kambing (155 ekor), 42 ekor bebiri serta 41 ekor kerbau. 

“Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,452 ekor haiwan korban. Permohonan sembelihan korban pada Aidiladha kali ini menunjukan peningkatan sebanyak 15.2 peratus berbanding tujuan sama pada tahun lepas.

“Selain itu, sebanyak  2,100 permit pemindahan ternakan juga diluluskan melibatkan 5,026 ekor lembu, 278 ekor kambing, bebiri (185 ekor ) dan  103 ekor kerbau,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang melaksanakan ibadah korban diharap mematuhi  proses penyembelihan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan bagi mengelak sebarang risiko jangkitan penyakit haiwan yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Katanya, seramai 110 petugas JPV Terengganu digerakkan bagi memantau pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri melibatkan lokasi penyembelihan 40 ekor ternakan ke atas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN