Usul UMNO Sembrong akan dikaji 

Usul UMNO Sembrong akan dikaji 

MOHAMED KHAKED NORDIN disambut oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Pahat ketika hadir merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Batu Pahat hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Usul yang dibawa oleh UMNO Bahagian Sembrong untuk merayu agar hukuman penggantungan Ahli Parlimen, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditamatkan dan dikembalikan dalam barisan kepimpinan UMNO akan diberikan perhatian.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Usul yang dikemukakan Bahagian Sembrong itu merupakan salah satu daripada usul daripada 191 Bahagian di seluruh negara.

Katanya,  usul itu (Bahagian Sembrong) akan dihantar ke Ibu Pejabat Parti untuk dikaji dan dipertimbangkan mengikut lunas perlembagaan parti samada akan diluluskan atau sebaliknya.

Ketika ditanya walaupun Hishammuddin tidak mengemukakan sebarang surat rayuan, Khaled menjelaskan ia akan dipertimbangkan apabila terdapatnya usul daripada UMNO Bahagian Sembrong.

“Sekarang ni ada usul, kita akan timbang soal soal individu terlibat tidak membuat rayuan bukan soal utama.

“Kita akan hantar ke pejabat, kaji dan pertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Batu Pahat hari ini.

Semalam, UMNO Bahagian Sembrong sebulan suara membawa usul merayu hukuman penggantungan selama enam tahun keatas Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditamatkan.

Rayuan itu dilakukan selepas mengambil kira jasa dan keunggulan pentadbiran Hishammuddin dalam membangunkan Parlimen Sembrong lebih 20 tahun tanpa pernah sedikit pun berhasrat untuk meninggalkan parti keramat orang Melayu ini.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid berkata, rayuan ini merupakan tahun kedua berturut- turut dilakukan oleh pihaknya kerana yakin dengan aura dimiliki yang boleh mengembalikan semula kegemilangan parti.

Katanya, rayuan ini adalah kehendak semua ahli Umno di Sembrong apatah lagi dalam keadaan bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN