Usaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran dimuktamadkan hari ini

Usaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran dimuktamadkan hari ini

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar kini berada di peringkat akhir memuktamadkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia serta ahli keluarga mereka dari Iran susulan ketegangan yang berlaku antara negara itu dan Israel.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, individu yang telah bersetuju menyertai proses evakuasi dijangka berlepas dari Tehran, hari ini.

“Kementerian bekerjasama rapat dengan perwakilan-perwakilan Malaysia yang terbabit, sedang memastikan perjalanan pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan segera, lancar dan selamat.

“Kami menantikan kepulangan mereka ke tanah air,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, proses pemindahan itu membabitkan 26 rakyat Malaysia yang berada di Iran, termasuk pelajar dan ahli keluarga mereka.

Sebelum ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan telah mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia di negara itu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, mereka telah digerakkan untuk bergerak keluar dari negara Iran dan segala persiapan visa telah dimuktamadkan.

Kementerian Luar sebelum ini menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran supaya meninggalkan negara itu serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Menurutnya, keadaan di negara itu semakin meruncing dan situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN