PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima laporan awal mengenai satu kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar UPSI dalam sebuah bas persiaran yang dilaporkan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Rayuan Tasik, Gerik, awal pagi.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan berhubung kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Rayuan Tasik, Gerik, awal pagi tadi mengorbankan pelajar universiti terbabit.
“Terima kasih atas keprihatinan semua. Pihak universiti kini sedang mengambil tindakan susulan berkaitan perkara tersebut.
“Sehubungan itu, pihak universiti memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum untuk bersama-sama mendoakan agar urusan ini dipermudahkan.
“Pihak UPSI telah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi ditalian 05-450 7148 (Pejabat) atau 019-571 9977 (Hotline).
“Pihak UPSI sentiasa prihatin kebajikan pelajar dan akan memberi bantuan serta sokongan kepada waris,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan seramai 15 orang dipercayai menaiki bas yang membawa pelajar UPSI dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku pada berlaku 1.10 pagi itu.- UTUSAN