TXA 2025 bantu perkukuh kedudukan Malaysia peneraju pengangkutan, logistik

TXA 2025 bantu perkukuh kedudukan Malaysia peneraju pengangkutan, logistik

ANTHONY Loke (tujuh kiri) bersama wakil syarikat pempamer yang menyertai TXA 2025 di Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Edisi sulung penganjuran Ekspo Pengangkutan Asia 2025 (TXA 2025) bakal memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Program yang dijadual berlangsung bermula 11 hingga 13 November depan itu bakal menjadi platform menghimpunkan pemain industri dalam bidang pengangkutan dan logistik daripada negara-negara ASEAN dan Asia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, TXA 2025 bakal menghimpunkan penggubal dasar, pemain industri, akademik dan penyedia teknologi untuk membentuk masa depan mobiliti dan perdagangan yang lebih pintar dan lestari.

“TXA 2025 menjadi platform untuk kita sama-sama berbincang dan juga membentuk sebuah masa depan yang lebih mampan dan lebih hijau untuk kemudahan pengangkutan Dan juga perdagangan negara kita,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan TXA 2025 di sini hari ini.

Katanya, TXA adalah acara tambahan kepada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) namun, lebih fokus kepada pemain industri dalam bidang pengangkutan.

Menurutnya, Jemaah Menteri telah membenarkan Kementerian Pengangkutan untuk menganjurkan acara lain memandangkan LIMA hanya akan fokus kepada bidang pertahanan manakala TXA pula dalam pengangkutan dan logistik.

“TXA 2025 menjadi edisi pemula kepada siri dwitahunan TXA, dengan TXA 2026 dirancang pada suku ketiga tahun hadapan,” katanya.

Katanya, antara program penting yang dianjurkan bersama TXA 2025 ialah Kongres Keselamatan Jalan Raya 2025, yang akan diteruskan dalam edisi 2026 sebagai acara tahunan rasmi.

Jelasnya lagi, kongres ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kerjasama dalam memperkukuh keselamatan jalan raya di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN