‘Tunjuk bukti jika ada ahli Parlimen PN sokong Kerajaan Madani’

‘Tunjuk bukti jika ada ahli Parlimen PN sokong Kerajaan Madani’

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) mahu pihak yang mendakwa 10 ahli Parlimen daripada gabungan itu menandatangani ikrar menyokong kepemimpinan Kerajaan Madani supaya mengemukakan bukti.

Ketua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan itu bukan perkara asing dalam suasana politik negara hari ini.

“Kenapa 10 orang (ahli Parlimen) sahaja sedangkan kita ada 74 kerusi di Parlimen?  Jadi bila kita dengar cerita-cerita sebegini, tidak asing lagilah dalam suasana politik seperti hari ini. Katanya ada 11 orang (ahli Parlimen blok kerajaan) nak menyeberang. Tak tahulah.

“Itu reaksi biasa dan orang yang mendakwa perkara itu perlu membuktikan ahli Parlimen mana yang mahu beralih sokongan,” katanya dalam sidang akhbar penyerahan memorandum bantahan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB), di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, PN yakin semua ahli Parlimennya kekal bersama gabungan tersebut dan tidak ada yang bakal pergi ke tempat lain.

Media sebelum ini melaporkan, terdapat sumber dalM kalangan pembangkang yang enggan dinamakan telah mengesahkan 10 ahli Parlimen dari blok itu  menandatangani ikrar menyokong kepemimpinan Kerajaan Madani.

Menurut sumber berkenaan, langkah itu dibuat atas dasar ‘keperluan menjaga kestabilan politik negara’ serta ‘menolak usaha menggugat mandat rakyat melalui permainan persepsi berterusan’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN