KANGAR: Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan menyamun dan memiliki senjata berbahaya minggu lalu. Tertuduh, Mohd Khairi Mat Puhat, 38, mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Yap Beng Fong, 49, pada 15 Jun lalu. Mohd Khairi didakwa melakukan kesalahan itu di tepi tandas awam parkir kenderaan pasar pagi Medan Mahkota, di sini, sekitar pukul 8.30 pagi. Jika sabit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya