GUA MUSANG: Seorang wanita di Pos Pasik di sini, masih trauma setiap kali terkenang suaminya yang maut dibaham harimau meskipun kejadian ngeri itu sudah dua tahun berlalu. Mangsa, Pisie Amud, yang ketika itu berusia 25 tahun dari Kampung Sugi, Pos Pasik ditemukan penduduk kampung dengan kesan cakaran kuku harimau di bahagian kepala dan badan, selain sebelah kaki kirinya hilang. Isteri mangsa, Syahira Hamid, 22, berkata, sehingga kini dia belum mempunyai kekuatan untuk menziarahi kubur suaminya. Katanya, sejak kematian suaminya, dia takut keluar rumah selain perlu berteman jika mahu ke mana-mana.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya