Tragedi pelajar UPSI: Pemandu Alza dibenar keluar hospital

Tragedi pelajar UPSI: Pemandu Alza dibenar keluar hospital

KEADAAN kenderaan MPV Perodua Alza yang terbabit dalam nahas bersama bas yang membawa pelajar UPSI, awal pagi tadi. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang terlibat kemalangan tragis dengan sebuah bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak dibenarkan keluar dari Hospital Baling, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, mangsa berusia 37 tahun bersama anak bongsunya menerima rawatan di hospital itu susulan nahas meragut 15 nyawa.

Bagaimanapun, isteri kepada pemandu Perodua Alza berumur 36 tahun dan seorang lagi anak perempuan mereka berusia enam tahun masih dirawat di hospital sama dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Menurut pihak Hospital Baling, pemandu dan anak lelakinya yang berusia dua tahun telah menerima rawatan dan dibenarkan keluar wad hari ini. Namun, isterinya dan anak perempuan mereka masih menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi itu, 13 pelajar UPSI berusia antara 21 hingga 23 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.

Kejadian berlaku ketika bas yang dalam perjalanan dari Jerteh ke kampus UPSI di Tanjung Malim itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang Perodua Alza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN