BESUT: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tidak menaiki bas terlibat dalam nahas meragut 15 nyawa kerana demam, hanya mengetahui tentang tragedi itu daripada kumpulan aplikasi WhatsApp. Muhammad Shafie Mat Anuar, 21, yang berasal dari Kampung Telaga Nibong, Jertih, di sini berkata, dia sepatutnya menaiki bas yang sama namun terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke UPSI kerana demam dan perlu dirawat di Hospital Besut, semalam. “Saya terkejut mengetahui ramai…