Tiada sekatan rasmi ke luar negara terhadap Fahmi Reza

Tiada sekatan rasmi ke luar negara terhadap Fahmi Reza

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan sekatan rasmi terhadap aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun berkata, nama Fahmi telah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalam PDRM berikutan siasatan kes terhadapnya yang masih dijalankan.

Kata beliau, senarai itu tidak membawa maksud sekatan sebaliknya merupakan sebagian daripada prosedur pemantauan yang lazim dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

“Berikutan itu, terdapat kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara pada 7 Jun lalu yang telah menyebabkan arahan sekatan pergerakan dikeluarkan secara tidak tepat.

“Situasi ini sedang diteliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memperkemaskam prosedur sedia ada,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Beliau menambah, PDRM kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak kepada setiap rakyat Malaysia.

“Individu berkenaan adalah bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,” jelasnya.

Semalam, Fahmi mendakwa telah dihalang daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Dakwanya, seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memaklumkan bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tidak memberi kebenaran untuk dirinya meninggalkan negara.

Difahamkan Fahmi mahu menaiki penerbangan ke Singapura bagi menyaksikan persembahan kumpulan muzik punk

Sebelum ini dia dilaporkan dihalang daripada memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu selepas diberikan notis penolakan masuk dan mendakwa arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN