HULU TERENGGANU: Tiada rakyat Malaysia direkrut dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan berkaitan warga Bangladesh yang ditahan, baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil siasatan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, kumpulan membawa masuk fahaman pelampau itu hanya rakyat warga Bangladesh. “Berdasarkan siasatan, sehingga sekarang aktiviti tersebut hanya terkait dengan keganasan dan ada motif untuk menjatuhkan kerajaan di negara…