Teman lelaki rakan serumah suspek utama

Teman lelaki rakan serumah suspek utama

Tiga suspek kes bunuh penuntut universiti swasta dibawa ke Mahkamah Sepang bagi mendapatkan perintah reman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Mutiara Ville di Sepang yang ditemukan pada 24 Jun lalu, dipercayai teman lelaki kepada rakan serumah mangsa.

Menurut sumber, lelaki berusia 19 tahun antara tiga suspek yang ditahan Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan, kelmarin dan semalam.

Kata sumber, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam pada 23 Jun lalu apabila suspek pergi ke unit kondominium untuk mengambil barang milik teman wanitanya.

“Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai masuk ke kediaman itu menggunakan kad akses teman wanitanya.

“Suspek yang menyangkakan rumah tersebut tiada orang bertindak menyamun barang mangsa.

“Bagaimanapun mangsa yang menyedari kehadiran suspek terkejut sebelum suspek bertindak memukul suspek di kepala dipercayai menggunakan objek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, suspek lelaki ter­babit ditahan di Johor Bahru manakala dua lagi wanita termasuk rakan serumah mang­sa diberkas di Masai dan Gemencheh.

Sementara itu, tiga suspek kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, Selasa lalu direman tujuh hari bermula semalam sehingga 3 Julai ini.

Ketiga-tita suspek terdiri dari seorang lelaki dan dua perempuan yang bergari tiba di Mahkamah Sepang dekat sini pada 8.30 pagi, dan dikawal oleh anggota polis.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azaraorani Abdul Rahman.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada 9.45 pagi.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek ditahan terdiri daripada seorang lelaki serta dua wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN