KUALA LUMPUR: Platform media sosial Telegram dijangka hadir ke Kuala Lumpur minggu ini bagi membincangkan pelbagai isu keselamatan siber termasuk perjudian atas talian, penipuan (scam), penyebaran bahan lucah serta pelanggaran hak cipta yang dikesan berleluasa dalam aplikasi itu. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perbincangan yang akan diadakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bertujuan mencari penyelesaian terhadap isu penyalahgunaan platform oleh penjenayah siber yang semakin membimbangkan. Katanya, selain kandungan lucah dan perjudian, penjualan bahan pornografi serta tayangan filem dan episod rancangan televisyen tanpa kebenaran turut menjadi antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya