JASIN: Niat murni sembilan sekeluarga menziarahi saudara di Singapura bertukar tragedi apabila anak sulung mereka maut, manakala adiknya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Kesang di sini, semalam. Dalam kejadian pukul 8.06 pagi itu, Iris Sofea Mohamed Siddiq Khan, 13, meninggal dunia di lokasi selepas tercampak keluar dari kereta Toyota Vellfire sebelum dirempuh kereta Honda City dari arah bertentangan. Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar hadapan sebelah kanan kenderaan dipandu bapa mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya