LUMUT: Pertandingan tarian tradisi kepahlawanan Perak yang berusia ratusan tahun, Dabus, menjadi antara daya tarikan pengunjung ke Temasya Budaya@Perak 2025 di sini. Ia kerana pertandingan diadakan itu memberikan fleksibiliti terhadap gerakan tangan dan kaki, yang membolehkan penarinya tidak terikat dengan gaya asal tarian tradisi Perak yang hampir pupus itu. Acara dinamakan Pertandingan Dabus Kreasi Sekolah Menengah yang diadakan di pekarangan Stadium Manjung itu, disertai tujuh pasukan dan dimenangi pasukan Gen’…