Tak sangka ribut ketika cuaca panas - Utusan Malaysia

Tak sangka ribut ketika cuaca panas

MOHD Sofian Ismail dan Noor Hazira Fauzi menunjukkan bumbung rumah yang rosak akibat ribut di Taman Serai Perdana, Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang penduduk di Taman Serai Perdana di sini berdepan detik cemas apabila bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang yang berlaku ketika cuaca panas hari ini.

Noor Hazira Fauzi, 45, berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang ketika dia sedang berehat selepas memasak.

Menurutnya, dia yang sedang bersama dua anaknya tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian atas bumbang rumah.

“Saya dengar bunyi angin kuat dari arah belakang rumah, lepas itu terdengar bunyi dentuman di atas bumbung. Tak lama lepas itu batu penyambung bumbung jatuh menembusi siling dan bertaburan di atas lantai dapur.

“Kami panik, terus keluar rumah sebab takut bumbung runtuh sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, angin kencang turut menerbangkan enam keping atap asbestos hingga melayang ke halaman rumah, menyebabkan kawasan sekeliling turut bersepah dengan serpihan bumbung dan siling.

“Kami sudah tujuh tahun tinggal di sini tak pernah berlaku kejadian ribut atau angin puting beliung. Tambah pelik, masa kejadian cuaca panas terik, langsung tak ada tanda-tanda nak hujan atau ribut,” katanya

Suaminya, Mohd Sofian Ismail, 48, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di pekan Bagan Serai dan menyangka isterinya bergurau ketika memberitahu bumbung rumah mereka diterbangkan angin kerana ketika itu cuaca panas.

“Apabila sampai di rumah, saya terkejut melihatkan bumbung bahagian dapur sudah diterbangkan angin, siling pecah, batu berselerak dalam rumah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN