Syafiq Yusof mahu jadi penerbit, ambil bakat baru sebagai pengarah - Utusan Malaysia

Syafiq Yusof mahu jadi penerbit, ambil bakat baru sebagai pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 13 tahun menjadi sutradara, pengarah prolifik, Syafiq Yusof, mahu bertukar angin dengan bergelar penerbit filem.

Kongsi Syafiq atau Mohd Syafiq Mohd Yusof, 32, sudah masanya dia memberi peluang kepada pengarah baru memandangkan mereka adalah pelapis industri perfileman negara.

“Buat masa sekarang, saya rasa mahu bertukar selera dengan menjadi penerbit pula.

“Setakat ini saya sudah ada dua projek dalam perancangan. Kedua-duanya mengangkat pengarah baru.

“Lebih baik kita angkat mereka, tak mahulah balik-balik muka saya. Saya biarlah ambil peranan penerbit dan pelabur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tayangan perdana filem Jumbo, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syafiq berpendapat pencapaian filem tempatan dilihat sudah semakin baik tiga tahun belakangan ini.

Oleh itu, pengarah filem paling laris 2023 dan 2024 itu merasakan ini adalah masa terbaik untuk pelabur mengintai pasaran filem tempatan.

“Saya fikir, kita ada banyak pemikir dan pengkarya yang bagus cuma mereka tidak diberikan peluang. Saya percaya Malaysia mempunyai pasaran yang besar.

“Kepada pelabur, ini adalah masa yang sesuai untuk melaburkan dalam filem tempatan.

“Buktinya? Sejak tiga tahun lepas filem tempatan kita lebih laku berbanding filem-filem dari Hollywood,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN