KUANTAN: Pelajar autisme, Muhammad Aziq Asri dari Kolej Tingkatan Enam Astana, di sini, mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) pertama di negeri ini memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024. Anak bongsu daripada dua beradik itu memperoleh keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Ekonomi. Difahamkan, anak kepada pasangan Asri Mohamad Din,…