Stadium Sultan Muhammad IV bersedia untuk saingan Liga M

Stadium Sultan Muhammad IV bersedia untuk saingan Liga M

STADIUM Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sudah bersiap sedia untuk saingan Liga Malaysia musim 2025/2026
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sudah sedia untuk digunakan sebagai gelanggang rasmi untuk tiga pasukan dari negeri ini yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026 nanti.

Tiga pasukan itu ialah Kelantan Darul Naim FC (Liga Super) dan Kelab Bola Sepak Wan Tendong Stable (WTS FC) serta Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhammad berkata, setakat ini kerja baik pulih padang stadium tersebut sudah selesai dan boleh digunakan untuk perlawanan kompetitif.

“Secara asasnya kerja baik pulih padang stadium sudah selesai dan bersedia untuk digunakan bagi perlawanan Liga M yang dijangka bermula Ogos nanti. Lain-lain kerja adalah penambahbaikan kemudahan asas yang akan dilaksanakan secara berperingkat termasuk penambahan kerusi di tempat duduk terbuka.

“Saya difahamkan buat masa ini, keutamaan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) adalah kerja-kerja naik taraf kemudahan tandas dan bilik air yang juga akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Zamakhshari memberitahu, pemasangan papan markah baharu masih dalam peringkat rundingan antara Kelantan Darul Naim FC dan syarikat pelabur.

“Buat masa ini kita sedang menunggu kertas cadangan daripada pihak pelabur dan bersama-samalah kita doakan agar segala usaha dapat berjalan dengan baik,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN