MELAKA: Pembangkang mendakwa projek Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) mengabaikan kesejahteraan rakyat serta mengundang risiko satu lagi pembangunan ‘gajah putih’ di negeri ini. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, projek mega melibatkan penambakan laut lebih 1,100 hektar merentasi 33 kilometer (km) garis pantai itu berisiko menjejaskan alam sekitar, kesihatan penduduk serta sosioekonomi komuniti setempat khususnya nelayan kecil. Katanya, laporan Penilaian Kesan Kepada…