Siasat terperinci punca nahas ragut 15 nyawa mahasiswa UPSI

Siasat terperinci punca nahas ragut 15 nyawa mahasiswa UPSI

IHSAN FIQRI MUBIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pihak berkuasa digesa melakukan siasatan secara terperinci berhubung punca nahas sebuah bas sehingga menyebabkan 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut di Jalan Raya Timur-Barat (RTB), Jeli-Gerik di Gerik, Perak, semalam.

Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ihsan Fiqri Mubin berkata, siasatan terperinci itu juga perlu melibatkan rekod perkhidmatan pemandu bas dan status teknikal kenderaan.

“Tangkap dan dakwa pemandu bas yang memandu secara cuai. Kami juga berharap pihak berkuasa memberikan sokongan bantuan jangka pendek dan panjang kepada mangsa serta waris yang terlibat dalam kemalangan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan bas tersebut.

“Tragedi ini bukan hanya menyentuh komuniti UPSI, tetapi turut dirasai oleh seluruh warga mahasiswa negara. Kami amat bersedih, berdasarkan video yang tular menunjukkan pemandu memandu secara berbahaya dan melulu yang mengakibatkan kemalangan jiwa,”ujarnya.

Tambahnya lagi,pihaknya berharap semua pihak dapat memainkan peranan secara serius dan kolektif dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak berulang lagi termasuk bas-bas di dalam kampus UiTM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN