Shahrul Ikram dilantik Duta Malaysia Ke AS

Shahrul Ikram dilantik Duta Malaysia Ke AS

SULTAN Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke AS kepada Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob di Istana Negara.-FB SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).

Beliau menerima Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke AS dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar,  Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Muhammad Shahrul Ikram menggantikan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang kontraknya sebagai duta tamat pada Februari lalu.

Muhammad Shahrul Ikram, anak kelahiran Pahang, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada tahun 1988.

Sepanjang hampir 35 tahun perkhidmatan, beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar (2019–2022), Duta Besar Malaysia ke Qatar, ke Austria serta Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Antara peranan utama beliau di Wisma Putra termasuklah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN pada 2015, serta Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN