Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina rempuh

Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina rempuh kenderaan lain

UK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serangan jantung dipercayai punca seorang pemandu kereta hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan di simpang lampu isyarat di Jalan Ampang dekat sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya turut mengesan satu video tular memaparkan insiden itu sejak semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11 pagi kelmarin membabitkan wanita tempatan berusia 49 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo 7.

“Bagaimanapun, sebuah kereta Toyota Caldina dipandu lelaki tempatan berusia 57 tahun datang dari arah depan dan melanggar bahagian hadapan kenderaan mangsa. 

“Akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa mengundur ke belakang dan melanggar SUV Lexus RX200T dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan Toyota Caldina hilang kawalan kerana pemandunya mengalami serangan jantung. 

Jelasnya, pemandu terbabit bagaimanapun berada dalam keadaan stabil ketika bertemu pegawai penyiasat.

“Hanya pemandu Jaecoo 7 saja yang cedera ringan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan Pengangkutan (APJ) 1987,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN