Semua pelajar cemerlang 10A ke atas mohon matrikulasi diberi tempat tanpa kira kaum

SEMUA pelajar harus diraikan tanpa mengira keputusan peperiksaan memandangkan mereka bertungkus-lumus melakukan yang terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pelajar yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

KPM berkata, peluang itu diberikan termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-.

“Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas.

Katanya, kerajaan akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN