Semua 15 jenazah penuntut UPSI  selamat dikebumi

Semua 15 jenazah penuntut UPSI  selamat dikebumi

NORKHALID SALIMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Semua 15 jenazah pelajar  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing. 

Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, pengurusan jenazah terlibat berjalan lancar dengan bantuan semua pihak termasuk ahli keluarga, polis, bomba dan lain-lain.

“Alhamdulillah, semua dipermudah sejak kita dapat perkhabaran insiden ini sehingga proses pengebumian 15 pelajar UPSI yang mana pihak universiti ketika ini turut berduka dengan tragedi tersebut. 

“Musibah yang melanda negara ini memberi impak yang sangat besar dan dukacita kepada rakyat Malaysia khususnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian salah seorang pelajar UPSI di Kampung Gong Duek, di sini hari ini. 

Katanya, UPSI juga membantu keluarga mangsa menguruskan semua proses melibatkan kemalangan itu bermula dari tempat kejadian sehingga pengebumian selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu sejak awal sehingga akhir. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN