Sedutan lagu baharu undang rasa sebak - Utusan Malaysia

Sedutan lagu baharu undang rasa sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ya Allah, sebaknya.”

Demikian reaksi netizen terhadap teaser single terbaharu penyanyi bersuara emas, Datuk Aishah, 60, yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini.

Lagu berjudul Taman Keabadian yang bakal secara rasmi diperdengarkan tidak lama lagi itu berjaya memikat halwa telinga peminat yang lama menantikan lagu baharu penyanyi tersebut.

“Sedap…lagu ini macam sesuai dengan suaranya sekarang,” komen Pakchu_masah1975.

“Lagu yang hebat, wajar diputarkan di radio!” tulis ancient_one73.

“Melodi macam ini memang kena,” komen Zack_davom.

Video teaser itu, yang pada masa sama didedikasikan buat insiden-insiden menyayat hati dalam negara baru-baru ini turut mengundang rasa sebak netizen.

“Perpisahan dengan insan tersayang, ibu bapa, keluarga, sahabat dan teman akrab pasti menghiris jiwa dan meninggalkan sepi yang dalam.

“Namun, keyakinan bahawa kita akan bertemu semula di negeri abadi menjadi penawar rindu yang tak terucap. Al-Fatihah buat yang telah pergi, menanti kita di ‘Taman Keabadian’,” tulis Aishah.

Dalam pada itu, peminat juga berharap agar Aishah muncul dengan sebuah konsert di masa akan datang.

“Cepatlah Datuk Aishah buat konsert,” rayu peminat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN