Saya tidak tidur dua hari - RM kongsi pengalaman sertai asas ketenteraan - Utusan Malaysia

Saya tidak tidur dua hari – RM kongsi pengalaman sertai asas ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anggota kumpulan BTS, RM, mendedahkan berdepan masalah tidur kronik ketika mengikuti program asas tentera baru-baru ini.

RM yang bersiaran langsung di media sosial semalam memakluman keadaan tersebut mengakibatkan dia mengalami keletihan melampau.

“Berkongsi khemah dengan 20 pelatih lain yang mana ada antara mereka yang berdengkur membuatkan masalah tidur saya bertambah teruk.

“Saya pernah tidak tidur selama dua hari sekitar penghujung April lalu. Bayangkan saya tidak tidur selama 78 jam.

“Ketika itu saya tak pasti sama ada saya mampu bertahan atau tidak. Melakukan aktiviti harian di kem tentera tanpa rehat.

“Ditambah lagi dengan masalah insomnia yang semakin teruk. Tubuh saya terlalu letih tetapi susah tidur,” kongsinya.

RM dan seorang lagi anggota BTS iaitu V pada semalam telah menamatkan latihan asas tentera yang mereka sertai sejak 11 Disember tahun lalu.

Perkongsian pemilik nama sebenar Kim Nam-Joon itu menuai simpati dalam kalangan peminatnya yang ada dalam kalangan mereka menyalahkan pengurusan program ketenteraan terbabit yang didakwa tidak cakna terhadap keadaan pelatih.

“Saya sedih dan marah dengan apa yang dilalui Nam- Joon bagaimanapun saya lega kerana dia telah menamatkan program asas ketenteraannya. Dia kini bebas daripada segala beban dan tekanan yang ditanggungnya,” tulis peminat di media sosial.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN