Saya sudah tidak berminat perbesarkan isu rumah tangga anak - Abby Abadi

Saya sudah tidak berminat perbesarkan isu rumah tangga anak – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menegaskan sudah tidak berminat untuk mengulas tentang isu rumah tangga anaknya, Marissa Dania.

Kata Abby, dia enggan lagi mencipta kontroversi dengan bercakap mengenai perkahwinan Marissa selain mahu anaknya itu melayari sendiri pasang surut perkahwinan dengan tenang.

“Saya tidak mahu membuat perkara itu menjadi lebih keruh.

“Saya juga sudah tidak berminat untuk perbesarkan isu ini. Itu pilihan Marissa, biar dia sendiri lalui asam garam berumah tangga.

“Kalau perkara itu baik untuk dia, jodoh mereka akan berpanjangan. Jika sebaliknya, kita tengok sahaja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan,”katanya.

Abby mengulas perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert Elite Live’25, semalam.

Ditanya mengenai hubungannya bersama Marissa pada ketika ini, dia mengakui segalanya baik-baik sahaja selain memohon agar orang ramai mendoakan keharmonian mereka sekeluarga.

“Saya memang baik dengan anak-anak saya. Macam mana pun dia tetap anak saya. Pada ketika ini, biarlah masing-masing mengambil ruang untuk bertenang.

“Saya biarkan sahaja anak dengan pilihannya jika itu yang terbaik. Insya-Allah, mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik,” jelasnya.

Pada April lalu, kemelut di antara Abby dan Aslam menjadi sorotan di media sosial selepas pelakon itu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap menantunya yang tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Selain menyangkal dakwaan menantunya bahawa dirinya sudah membuat permohonan maaf, konflik itu juga terus berlarutan selepas Abby dilihat lantang bersuara mengenai perihal rumah tangganya.

Namun, kemelut itu berakhir usai Marissa berjumpa dengannya dan memohon maaf.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN