RM main saksofon, sambut tamat khidmat ketenteraan dengan V

RM main saksofon, sambut tamat khidmat ketenteraan dengan V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Khabar gembira buat kelab peminat BTS yang digelar ARMY, apabila dua lagi ahli kumpulan itu iaitu RM dan V tamat menjalani latihan khidmat ketenteraan hari ini. 

Kedua-dua ahli kumpulan BTS itu selesai menjalani latihan selama 18 bulan selepas mula mendaftarkan diri pada Disember 2023. 

Selepas keluar dari kem masing-masing, RM dan V bertemu di luar pangkalan tentera  Chuncheon bagi bertemu peminat yang hadir.

“Semasa menghadapi detik sukar sepanjang latihan, saya selalu teringat jasa orang sebelum saya yang turut mempertahankan negara semasa kami sibuk mempromosikan BTS ke luar negara.

“Ini adalah momen sangat berharga apabila saya boleh menjadi lebih dekat dengan orang-orang yang pernah berkhidmat sebelum ini. Tidak sabar berjumpa dengan ahli BTS yang lain dan kembali kepada anda semua tidak lama lagi,” ujar RM dalam ucapannya.

Tambah meriah apabila RM selaku ketua kumpulan sensasi BTS turut meniupkan saksafon memainkan lagu Case Closed yang merupakan runut bunyi animasi Detective Conan.

Dalam pada itu, V juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang sabar menunggu kepulangannya selepas tamat latihan tentera. 

“Terima kasih kepada ARMY kerana menunggu kami. Jika anda boleh menunggu sikit masa lagi, kami akan berikan anda persembahan yang hebat,” tambahnya.

RM dan V merpakan ahli ketiga dan keempat BTS yang tamat latihan ketenteraan selepas Jin dan J-Hope. 

Jimin dan Jungkook dijadualkan tamat perkhidmatan pada 11 Jun, sementara Suga, yang menjalani perkhidmatan alternatif sebagai pekerja sosial, akan dibebaskan pada 21 Jun. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN