Pulau Pinang: 95 calon STPM catat PNGK 4.0

Pulau Pinang: 95 calon STPM catat PNGK 4.0

YUSOF Shaari menunjukkan PNGK Negeri Pulau Pinang dalam STPM yang meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu daripada 2.90 kepada 2.96 ketika sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Pulau Pinang mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 apabila 95 orang calonnya berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 70 orang calon yang berjaya mencatatkan keputusan tersebut pada tahun sebelumnya.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan bagi Sektor Pengurusan Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Yusof Shaari, secara keseluruhannya, PNGK negeri bagi STPM kali ini telah meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu daripada 2.90 pada 2023 kepada 2.96 pada 2024.

“Ini merupakan PNGK negeri yang tertinggi setakat ini iaitu sejak peperiksaan STPM mula dilaksanakan,” kata beliau.

Yusof ditemui pemberita sempena pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2024 Negeri Pulau Pinang di Kolej Tingkatan Enam Desa Murni di sini, hari ini.

Jelas beliau, peratusan calon STPM 2024 yang lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran bagaimanapun menurun sebanyak 0.49 peratus atau 1,675 calon berbanding tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhan sebanyak 1,699 atau 98.5 peratus calon hadir menduduki peperiksaan STPM 2024 daripada 1,725 yang mendaftar,” ujar Yusof.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN