KUALA LUMPUR: Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) menjadi pelan pembangunan bandar paling lengkap dan menyeluruh dalam sejarah negara yang menekankan pendekatan pembangunan berteraskan manusiawi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep pembangunan bandar perlu berteraskan nilai manusiawi, iaitu dengan memastikan pendekatan yang diambil lebih terangkum, inklusif dan relevan dengan keperluan semasa. Katanya, perancangan pembangunan tidak lagi boleh bersifat eksklusif atau hanya mengutamakan kelompok tertentu, sebaliknya mesti mengambil…