KUALA TERENGGANU: Primula Beach Hotel hari ini mengambil inisiatif mengagihkan daging korban kepada lebih 300 penerima golongan asnaf dan miskin sempena Hari Raya Aidiladha. Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, sebanyak empat ekor lembu disembelih sempena program Korban Perdana Khas yang merupakan salah satu program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel itu. “Ibadah korban ini disertai orang awam dan kakitangan Primula Beach Hotel yang mana kita berharap melalui program ini…