PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin - Utusan Malaysia

PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menghadiri pengebumian ibu mertuanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mertuanya yang maut dalam kejadian kebakaran kediaman di Ipoh, semalam.

“Saya mendoakan saudara Hamzah terus kuat dengan ujian dahsyat ini, dan saya turut bersedih dan mendoakan yang terbaik buat beliau sekeluarga.

“Semoga roh allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan diberi tempat yang istimewa olehnya, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Media melaporkan, kediaman keluarga mentua kepada Ahli Parlimen Larut itu terbakar di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini semalam mengalami ‘trip elektrik’ sebelum terbakar.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 malam itu, ibu mentua Hamzah, Datin Salmiah Nyak Matt, 84, maut di lokasi kejadian manakala suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, pula sesak nafas.

Anak kedua mangsa, Ahmad Ikhwan Abdul Ghani, 57, berkata, adik bongsunya yang tinggal di kediaman tersebut juga memberitahu melihat asap tebal keluar dari bilik ibunya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN