PM ajak hayati kisah Nabi Ibrahim

PM ajak hayati kisah Nabi Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya mendalami kisah pengorbanan Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail dalam menjunjung perintah Allah.

Anwar berkata, kisah Nabi Ibrahim sarat dengan legasi kenabian, pejuang, kebenaran membawa mesej hikmah dan pesan pendidikan kenabian yang mewariskan model dakwah berorientasikan budaya wacana yang sihat serta segar.

“Nabi Ibrahim tidak berpidato secara monolog tetapi sering mengajak khalayaknya untuk berdialog dan berhujah yang meyakinkan sebagai rencana dan strategi merangsang keupayaan menilai dengan akal sihat serta menghargai kebenaran, sekali gus membina warga yang cerdas dan punya disiplin kendiri yang tinggi.

“Tatkala kıta laungkan semarak takbir Aidiladha menyemai inti maksud kalimah Allahu Akbar, kita juga tidak akan lepas dari ikhtiar membantu saudara kita berkorban mempertahankan kota dan wilayahnya, dan pada masa yang sama terus dicengkam penderitaan khususnya di Gaza dan saudara kita yang lain,” katanya menerusi hantaran di platform Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau mendoakan seluruh umat Islam di Malaysia dan warga negara secara keseluruhan yang sedang mengerjakan ibadah haji diberikan afiat dan kekuatan.

“Bagi mendepani tantangan di hadapan dan terus tawaduk bermunajat dalam rahmat serta perlindungan ilahi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN