PHB umum 300 juta unit AHB

PHB umum 300 juta unit AHB

MOHAMAD Damshal Awang Damit dalam sidang media sempena Perasmian Mayang Mall di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Berhad (AHB) yang tersedia untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera di seluruh negara khususnya di wilayah Pantai Timur mulai semalam.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PHB, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda ketika berucap pada Majlis Perasmian Mayang Mall, di sini.

Sementara itu , Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit mengulas, pihaknya mendapati permintaan yang sangat tinggi khususnya di Pantai Timur.

 

MOHAMAD DAMSHAL AWANG DAMIT

“Justeru, pembukaan 300 juta unit AHB adalah peluang terbaik bagi pelabur individu Bumiputera untuk menjadikan AHB sebagai instrumen utama pelaburan dan simpanan mereka dengan risiko yang rendah serta disokong oleh aset hartanah sebenar.

“Malah bagi memudahkan mereka yang belum mendaftar, PHB menyediakan platform web iaitu MyAHB Portal yang boleh diakses secara langsung,” katanya pada sidang media sempena Perasmian Mayang Mall oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini.

Hadir sama , Ketua Pegawai Pelaburan PHB, Norani Mustapha dan Ketua Syarikat PHB Property Ventures Berhad (PHBPV), Fauziah Mohd Azali.

Tambahnya, PHB komited untuk terus memperkukuh kerjasama erat bersama kerajaan negeri Terengganu bukan hanya melalui pelaburan hartanah malah dalam melaksanakan mandat sosial PHB kepada masyarakat Bumiputera di negeri ini untuk menikmati pemilikan benefisial hartanah menerusi penyertaan mereka dalam AHB.

“Kami berharap masyarakat di Terengganu dan wilayah Pantai Timur dapat merebut peluang ini untuk melabur di dalam dana AHB dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan Mayang Mall sebagai sebahagian daripada pembangunan ekonomi negeri ini,” jelasnya.

Sehingga kini, AHB telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 82,000 pelabur individu Bumiputera dan 19 institusi pelaburan Bumiputera.

Sejak pelancarannya pada tahun 2010, sebanyak RM2.32 billion pendapatan telah diagihkan kepada pelabur AHB.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN