Petronas beku ambil pekerja sehingga Disember 2026

Petronas beku ambil pekerja sehingga Disember 2026

SARAWAK menegaskan semua pengguna domestik perlu membeli gas mereka daripada Petros, satu aturan dibimbangi mengganggu perjanjian komersial sedia ada dimiliki Petronas dengan pengguna akhir di negeri itu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Sdn Bhd (Petronas) melaksanakan pembekuan umum terhadap aktiviti pengambilan pekerja sehingga Disember 2026.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, namun pengecualian diberikan kepada jawatan-jawatan kritikal perniagaan tertentu yang akan dinilai secara kes demi kes (case-by-case).

“Semakan menyeluruh ke atas aset, proses, perbelanjaan dan tenaga kerja ini merupakan perubahan asas yang penting bagi Petronas untuk terus bersaing dan memacu pertumbuhan masa depan dalam persekitaran pasaran yang semakin mencabar.

“Transformasi ini dijangka akan meletakkan Petronas pada kedudukan yang lebih baik untuk memastikan ia kekal relevan dalam menghadapi peralihan tenaga yang mencabar.

“Selain itu, ia juga bagi memperkukuh daya tahan Petronas dan membolehkan ia kekal berdaya saing sambil mempercepatkan pertumbuhan melalui pelaburan yang disasarkan serta mewujudkan tenaga kerja yang berpandukan nilai dan ketangkasan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Petronas mengumumkan akan me­ngurangkan 10 peratus pekerja dengan anggaran 5,000 pekerja da­lam proses penstrukturan se­mu­la syarikat minyak negara itu.

Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding syarikat-syarikat an­tarabangsa yang telah me­la­kukan pemberhentian pekerja se­ca­ra besar-besaran ekoran ke­ti­dak­tentuan industri minyak dan gas di peringkat global.

Dalam pada itu, Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas kini menjalani transformasi strategik untuk menjadi syarikat tenaga yang lebih tangkas dan bersepadu, dengan matlamat untuk terus menyediakan penyelesaian tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan lestari.

Beliau berkata, pihaknya sedang melaksanakan semakan menyeluruh ke atas operasinya membabitkan aset, proses, perbelanjaan, dan tenaga kerja bagi memastikan ia kekal berdaya saing dan bersedia untuk masa depan.

Jelasnya, penilaian tenaga kerja secara menyeluruh ini bertujuan untuk menyelaraskan organisasi dengan hala tuju jangka panjang bagi memberikan nilai yang lebih besar.

“Proses ini mungkin akan menyebabkan cabaran kepada penyesuaian tenaga kerja tetapi perlu dilaksanakan dengan anggaran pengurangan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja.

“Selain itu, Petronas juga kini berusaha untuk menyelesaikan proses pemberitahuan kepada kakitangan yang terlibat secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

“Petronas tetap komited untuk menguruskan proses ini dengan ketelusan, keprihatinan dan rasa hormat terhadap semua pekerja yang terkesan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN